live chat Live chat
insight by wfx

Welcome to Wordwide FX's new enterprise!

Insight by WFX is a synthesis of our passion for languages and the financial markets. Here you will find technical and fundamental analyses from our clients, media partners and contributors in different languages, as well as discussions on languages and translation. And of course we will keep you updated on what is happening inside Wordwide FX Financial Translations. Hope you enjoy it! Greetings from the Wordwide FX team!

quotes
14/05/2018

FXTM's analysis in Arabic, Thai, Korean, and Indonesian, by Wordwide FX Financial Translations

author-image

By Wordwide FX Financial Translations

More good news for us at Wordwide FX Financial Translations. One of our best clients, Cyprus-based broker FXTM, has recently entrusted us with the translation of technical and fundamental analysis by the company's top analysts, Chief Market Analyst Jameel Ahmat, Chief Market Strategist Hussein Sayed, and Research Analyst Lukman Otunuga. It's a pleasure and a privilege for us to be a part of FXTM's global strategy and to help them reach out to more and more clients worldwide.

Our partnership with FXTM started over 2 years ago and day by day we've been able to build a fruitful cooperation. Now, we are proud to say we have become one of their most trusted providers of specialized FX translations and that we are in charge of over 15 languages, including Arabic, Indonesian, Spanish, Thai, Chinese, Italian, and much more.

It's a real pleasure to work hand in hand with the FXTM team: Web Content Manager Sofia Kotsou, Email Marketing Specialist Nina Plavnik, and PR Executive Olga Ulasovich, and of course with analysts Lukman Otunuga, Hussein Sayed, and Jameel Ahmat. We want to thank you very much for allowing us to share these fascinating materials here on our blog.

The Wordwide FX Team

 

 

post-image
quotes
16/11/2016

One More Year at the Finance Magnates Expo: There and Back Again

author-image

By Wordwide FX Financial Translations

Back home again after two intensive days in London enjoying great conferences and an amazing atmosphere in Europe's financial capital with the best international minds of the FX industry. It's been great to share the event with people we work with on a daily basis, and to put a face to email conversations and Skype chats. It feels really good to see so many enthusiastic professionals giving their very best to turn these two days into the benchmark event for brokers, retail traders, and companies like ours, oriented to services for brokers.  

 

FXPRIMUS, FXEMPIRE, AFX Group, UFX, Saxo Markets, Investing.com, and other clients and specialized media attended one more year the biggest expo in the FX and binary options industry. It was also lots of fun to meet fellow Barcelonians!  We'd like to send special regards to FXStreet's founder Francesc Riverola. 

I hope to see you all again next year!

The Wordwide FX Team

post-image
quotes
MS postlanguage-image
11/10/2016

Tumpuan Minggu Ini untuk minggu bermula 10 Oktober daripada FXPRIMUS

author-image

By Marshall Gittler, Head of Investment Research at FXPRIMUS @FXPRIMUS. Translated by Wordwide FX Financial Translations

Seperti biasa, tidak banyak penunjuk yang akan dikeluarkan pada minggu kedua pada bulan ini. Minggu ini bermula dengan cuti pada hari Isnin di Jepun, AS dan Kanada, oleh itu pasaran terutamanya mungkin lengang.

Suasana pada minggu ini mungkin ditentukan berdasarkan peristiwa pada hari Ahad apabila mesyuarat tahunan IMF/Bank Dunia berakhir dan debat kedua Calon Presiden AS diadakan. Peserta dalam mesyuarat IMF/Bank Dunia mungkin menggunakan langkah berhati-hati yang akan menggalakkan suasana "risk off" dalam pasaran. Sebaliknya, debat pertama telah meningkatkan suasana "risk on" yang membantu saham dan beberapa mata wang peka risiko berbanding dolar, yang melemahkan keseluruhan (mungkin disebabkan oleh pemulihan dalam mata wang negara-negara yang mungkin paling terjejas disebabkan oleh kejayaan Trump, seperti Mexico, Kanada dan Korea Selatan). Kaitan antara kedua-dua peristiwa ini akan menentukan sentimen pada pembukaan. Tetapi dalam apa-apa jua keadaan, aktiviti pada waktu Asia mungkin lebih lengang berbanding biasa kerana cuti di Jepun dan aktiviti di Eropah mungkin juga terhad kerana ketiadaan dorongan untuk dagangan dan cuti di AS dan Kanada.

Untuk AS, kesan data bayaran gaji bukan ladang yang agak mengecewakan pada hari Jumaat lalu (NFP tidak mencapai jangkaan dan kadar pengangguran meningkat, walaupun terdapat peningkatan kadar penyertaan) mungkin beransur hilang pada minggu ini, pada pandangan saya. Begitulah keadaannya baru-baru ini apabila pelabur menilai semula reaksi pertama mereka terhadap data dan membuat keputusan kemudiannya bahawa data tersebut tidak cukup teruk untuk menyebabkan pihak yang menyokong kenaikan kadar mengubah pandangan mereka. Peningkatan dalam data gaji tahun ini sehingga kini yang dikemas kini sebanyak 178k tidaklah jauh daripada purata ytd 181k pada bulan Ogos, yang dirujuk oleh Pengerusi Rizab Persekutuan, Yellen beberapa kali dalam sidang akhbar beliau bulan September lalu sebagai "kadar kemajuan kukuh" melebihi paras yang diperlukan untuk menyerap pekerja baharu. Pada masa yang sama, kenaikan dalam kadar penyertaan sebahagiannya menerangkan sebab kenaikan kecil dalam kadar pengangguran - itulah yang dicari-cari oleh FOMC. 
 
Kita akan mendapat lebih banyak data pekerjaan pada hari Rabu, apabila laporan Peluang Kerja dan Tinjauan Pusing Ganti Buruh (JOLTS) memberikan jumlah peluang kerja yang boleh didapati. Bacaan itu dijangka menurun sedikit yang juga akan menerangkan sebab pertumbuhan yang perlahan dalam data gaji apabila ekonomi menghampiri anggaran FOMC untuk guna tenaga penuh.
 
Selain itu, minit mesyuarat bagi mesyuarat FOMC yang terkini juga akan dikeluarkan pada hari Rabu, apabila sekali lagi Jawatankuasa itu gagal menaikkan kadar. Perbincangan itu sudah tentu meriah dengan terdapatnya tiga pihak penentang. Minit mesyuarat itu mungkin mendedahkan sebabnya pihak yang memihak kepada penurunan kadar telah menang dan sejauh mana kemungkinan mereka akan mengubah fikiran pada hujung tahun ini, sokongan yang berpotensi untuk dolar.

Banyak penunjuk AS akan dikeluarkan pada hari Jumaat iaitu jualan runcit, PPI, tinjauan pengguna U of Michigan dan juga terdapat ucapan daripada Pengerusi Rizab Persekutuan, Yellen pada hari yang sama. Jualan runcit dijangka meningkat yang boleh memberikan kesan positif untuk dolar. Kenaikan dalam PPI dan penambahbaikan dalam sentimen pengguna boleh menambah suasana yang baik pada hujung minggu ini - sudah tentu bergantung pada ucapan Pengerusi Yellen. Beliau akan bercakap tentang "Penyelidikan Makroekonomi Selepas Krisis".
 
Untuk Eropah, tinjauan ZEW pada hari Selasa dan pengeluaran industri seluruh EU pada hari Rabu akan diberikan tumpuan. Tinjauan ZEW diramalkan berubah sedikit dan dengan itu tidak memberikan banyak dorongan untuk membuat dagangan. 
 
Bagi IP pula, IP Jerman, Perancis dan Sepanyol pada Jumaat lepas agak sihat, mengatasi jangkaan dengan mudah. Keadaan itu menunjukkan tiada masalah untuk mencapai atau melebihi ramalan untuk IP seluruh EU, yang dalam apa-apa jua keadaan biasanya boleh diramalkan dengan agak baik berdasarkan tiga IP yang telah pun diumumkan (Itali juga akan mengumumkan IP mereka pada hari Isnin, mengurangkan lagi kemungkinan kejutan pada hari Rabu)

 
China juga akan mengeluarkan beberapa laporan yang menggalakkan pada minggu ini. Data kewangan - pinjaman baharu dan pertumbuhan penawaran wang - dijangka dikeluarkan pada minggu ini, manakala data inflasi akan dikeluarkan pada hari Jumaat. Data ini dijangka menunjukkan peningkatan dalam kedua-dua pinjaman dan penawaran wang, manakala harga pengguna diramalkan turut meningkat. Semua itu akan memberikan berita yang baik untuk aset peka risiko dan membuat bida di bawah saham dan mata wang komoditi. Sama ada ia mencukupi untuk mengekang USD/CNH, yang melepasi paras rintangan pada 6.70 Khamis lepas, itu persoalan lain. 
 
Sementara itu, paun mungkin mendapat sedikit kelegaan - tiada penunjuk utama UK akan dikeluarkan pada minggu ini.

post-image
quotes
27/09/2016

FXTM and Wordwide FX, a win-win partnership

author-image

By Wordwide FX Financial Translations

Cyprus-based global FX broker Forex Time (FXTM), founded by Alparis's main shareholder Andrey Dashin in 2012, is one of Wordwide FX's best clients. Our business relation started about half a year ago, and it's been ever growing since. At this point, we provide translations into 15 languages, including Vietnamese, Spanish, Chinese, Italian, Urdu, Arabic, and Korean, and we are proud to say we are one of their main translations providers. This is what web content manager Julia Kazakova said about us:

"Wordwide FX has carved a niche in Forex market translation services by ensuring that their translators are well versed in the language of online trading. Plus, they pay exceptional attention to detail and offer fast turnaround times that we have to depend on! At FTMX, our goal is to provide great content to all of our clients in their own language, and Wordwide FX helps us to achieve that!"

Thank you, Julia, for your kind words and your support!

The Wordwide FX Team.

post-image
quotes
MS postlanguage-image
26/09/2016

Penunjuk dan peristiwa untuk minggu 26 September daripada FXPRIMUS: Debat Clinton/Trump, perjumpaan OPEC, inflasi EU & Jepun, pendapatan peribadi AS

author-image

By Marshall Gittler, Head of Investment Research at FXPRIMUS @FXPRIMUS. Translated by Wordwide FX Financial Translations

 


Peristiwa paling penting minggu ini lebih kepada politik berbanding ekonomi. 

Pada malam Isnin waktu AS - pagi Selasa GMT - dunia akan menyaksikan perdebatan pertama daripada 3 sesi debat bagi Calon Presiden AS, apabila bekas Wanita Pertama, Senator dan Setiausaha Negara AS Hillary Clinton berdebat dengan usahawan hartanah yang terkenal, Donald Trump. Topiknya ialah "hala tuju Amerika", "mencapai kemakmuran" dan "melindungi Amerika". Gaya para pendebat pasti berbeza:  Clinton telah menjadi tumpuan dunia politik sejak beliau memainkan peranan sebagai Wanita Pertama pada tahun 1993 dan mengetahui selok-belok dasar. Walau bagaimanapun, Clinton tidak begitu pandai untuk menarik perhatian atau menunjuk-nunjuk dan ramai orang Amerika tidak begitu berminat dengan dasar. Trump kelihatan hampir tidak mengetahui apa-apa tentang isu atau peristiwa semasa, namun beliau terbukti pintar dalam menguasai perhatian, memesongkan soalan dan menyerang pihak lawan dengan cara yang menghiburkan. Dengan tarikh pilihan raya yang semakin hampir, kedua-dua pihak akan cuba meyakinkan orang ramai yang masih teragak-agak.  Clinton akan cuba memenangi penyokong Republikan yang tidak berpuas hati dengan Trump tetapi masih belum mempercayai Clinton, manakala Trump akan cuba memenangi pihak bebas yang tidak pasti sama ada Trump layak menjadi Presiden. Pertaruhannya adalah tinggi:  undian hanya memberikan sedikit kelebihan kepada Clinton (46% hingga 43%) berbanding Trump. Jika didapati Trump boleh mencapai kemenangan, dolar mungkin akan menjunam jatuh tetapi MXN mungkin menjunam jatuh dengan lebih pantas!

 


Peristiwa penting yang lain ialah perjumpaan tidak rasmi OPEC di Algiers. Semua menteri minyak akan berkumpul di bandar ini untuk persidangan industri minyak dan akan mengadakan perjumpaan tidak rasmi selepas itu. Jika persetujuan berjaya dicapai, mereka mungkin menukarkannya kepada mesyuarat luar biasa dan menjadikannya rasmi. Keadaan tersebut boleh menaikkan harga minyak buat sementara waktu dan juga merangsang CAD dan MXN. Tetapi, disebabkan oleh lebihan minyak dalam pasaran minyak mungkin bertahan sehingga lewat tahun 2017, menurut Agensi Tenaga Antarabangsa, OPEC mungkin terpaksa bersetuju untuk bukan sahaja membekukan output pada paras semasa (lebihan) tetapi menurunkan output untuk menaikkan harga dengan ketara. Sukar untuk melakukan sedemikian dalam keadaan kumpulan yang ahli-ahlinya sedang berperang antara satu sama lain. 

 



Beberapa data penting EU akan dikeluarkan pada minggu ini. Kita akan bermula hari ini dengan indeks Ifo yang dijangka hanya berubah sedikit. Kemudian, data pengangguran dan CPI Jerman akan dikeluarkan pada hari Khamis. Seperti biasa, CPI seluruh EU akan dikeluarkan pada hari esoknya. Inflasi di Jerman dan EU secara keseluruhannya dijangka agak pesat dan boleh mengurangkan beban ECB untuk mengambil tindakan yang baru dan dengan itu positif untuk EUR. ECB bermesyuarat lagi pada 20 Oktober. Terdapat juga beberapa ahli kanan Majlis ECB akan berucap pada minggu ini, termasuk Presiden Draghi, Naib Presiden Constancio dan Ketua Pakar Ekonomi, Praet. Para pelabur inginkan petunjuk tentang sama ada Majlis ECB memikirkan tentang tindakan selanjutnya dan jika begitu, apakah tindakan mereka apabila operasi pembelian bon mereka menghadapi masalah. Saya tertanya-tanya sama ada mereka akan mengulas tentang perubahan terbaru dalam operasi Bank of Japan berkenaan dasar kewangan dan sama ada mereka melihat sebarang penggunaannya kepada EU.

 



Terdapat banyak penunjuk AS akan dikeluarkan pada minggu ini, termasuk keyakinan pengguna pada hari Selasa, pesanan barang tahan lama yang sentiasa mengecewakan pada hari Rabu, anggaran akhir KDNK Suku 2 pada hari Khamis dan pendapatan & perbelanjaan peribadi pada hari Jumaat. Kedua-dua pendapatan dan perbelanjaan dijangka lebih perlahan berbanding bulan sebelumnya yang boleh memberikan kesan negatif untuk dolar. Data pendapatan & perbelanjaan peribadi seperti biasa akan diiringi dengan pendeflasi perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE), ukuran inflasi pilihan Rizab Persekutuan, tetapi atas sebab tertentu, tidak memberikan banyak kesan terhadap pasaran. 

 


Data rumah untuk bulan Ogos dimuktamadkan dengan jualan rumah baru pada hari Isnin dan jualan rumah belum selesai pada hari Khamis. Data rumah adalah mengecewakan sejak akhir-akhir ini, tetapi mungkin disebabkan oleh kekurangan rumah untuk dijual, bukannya permintaan yang merosot.  

 



Penunjuk hujung bulan yang biasa akan dikeluarkan dari Jepun, termasuk pelbagai ukuran inflasi mereka, kebanyakannya menuju ke arah yang salah. Sama ada penurunan selanjutnya deflasi yang semakin mendalam akan memberikan apa-apa kesan terhadap mata wang adalah boleh dipersoalkan, oleh sebab fungsi tindak balas BoJ sukar untuk dinilai pada masa ini. Walaupun jika mereka mengambil tindakan selanjutnya pada keluk hasil, seperti yang mereka janjikan, adakah tindakan itu akan memberikan kesan terhadap mata wang? Kesannya tidak jelas.

 



Malam Ahad GMT - pagi Isnin waktu Jepun - laporan Tankan suku tahun Bank of Japan akan dikeluarkan. Laporan itu dijangka menunjukkan keadaan semasa untuk pengilang besar kekal sama untuk suku ketiga berturut-turut, tetapi jangkaan ialah untuk sedikit peningkatan dalam suku yang akan datang. Tiada perubahan dalam kedua-dua arah mungkin neutral untuk yen.


 


Akhir sekali, Caixin/Markin mengeluarkan PMI pembuatan China mereka pada hari Jumaat, manakala pihak berkuasa negara itu akan mengeluarkan PMI rasmi pada hari Sabtu. Kedua-dua PMI pembuatan dijangka meningkat sedikit yang mungkin membantu sentimen risiko global dan meletakkan bidaan pada pasaran saham (dan AUD & NZD) pada pagi Isnin.